Negeri

MBI Selangor peruntukkan RM1.7 juta bantu 16,800 pelajar B40

Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikatnya, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membelanjakan hampir RM1.7 juta pada tahun ini bagi membantu 16,800 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukkan itu bagi menyediakan kelengkapan sekolah bagi sesei ini menerusi program Bantuan Kembali ke Sekolah.

Tambah Ahmad Azri, bantuan RM100 seorang dikhaskan untuk 300 pelajar bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membeli pakaian sekolah atau barangan lain yang diperlukan.

“MBI akan menyerahkan sumbangan ini kepada wakil rakyat setiap DUN awal Februari depan. Kita akan agih secepat mungkin supaya memudahkan urusan penerima,” katanya dipetik laporan Selangorkini.

BACA LAGI: Peruntukan kebajikan rakyat Selangor bertambah saban tahun

Selain bantuan tersebut, MBI Selangor turut melaksana beberapa program lain bagi membantu pelajar di negeri itu.

Antaranya, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan tahun lalu bagi memperkasa sektor pendidikan merangkumi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), bantuan sekolah dan sumbangan infrastruktur.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan pemerbadanan itu telah menyalur bantuan RM25.5 juta kepada agensi pendidikan antara 2021 hingga tahun lalu.

Related Articles

Back to top button