Wan Junaidi dilantik TYT Sarawak baharu
Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, 78, dilantik TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud berkuat kuasa 26 Januari 2024.
Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.
Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara, hari ini.
Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.
Terdahulu, Wan Junaidi dilapor melepaskan jawatan sebagai Speaker Dewan Negara yang disandangnya sejak Jun tahun lalu, menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Tindakan itu mengundang spekulasi dengan ramai mengaitkan nama beliau sebagai calon TYT Sarawak yang baharu.