Global

Isu rumit selesai melalui Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

PERDANA MENTERI gembira dengan pencapaian ketara dan daya tahan Kawasan
Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina
(BIMP-EAGA) walaupun menghadapi halangan akibat kesan berpanjangan
daripada pandemik Covid-19.
PM Anwar gembira dengan hasil persidangan
Bercakap pada satu sidang media
selepas mempengerusikan Sidang Kemuncak BIMP-EAGA ke-15 semasa Sidang
Kemuncak Asean ke-42 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur semalam,  Datuk
Seri Anwar Ibrahim berkata negara anggota telah memuji komitmen teguh
pemain utama pelancongan BIMP-EAGA dalam menggiatkan semula industri
melalui penyelesaian inovatif.
“Sumber tenaga mampan diiktiraf
sebagai keutamaan dan pengupaya kritikal peralihan tenaga bersih
BIMP-EAGA, selain peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi
dalam mencapai ekonomi digital,” katanya kepada media Malaysia.
Beliau
sementara itu memuji Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang
menurutnya berjaya merumuskan isu Myanmar yang agak rumit dengan lebih
baik.
Tegasnya, negara-negara anggota ASEAN kekal dengan prinsip
mereka untuk mempertahankan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC)
dalam berhadapan isu tersebut.
“Isu yang dianggap agak kontroversi, rumit, Myanmar itu juga dapat dirumuskan dengan lebih baik.
“Negara-negara
nampak kekal pertahanan prinsip Konsensus Lima Perkara (5PC) itu, iaitu
yang menyentuh soalan kemanusiaan, soal penyelesaian mengikut rukun
antarabangsa dan lain-lain, tetapi memberi ruang supaya ada kemungkinan
secara tidak rasmi, berunding terus bukan sahaja dengan kekuatan Junta
tapi semua yang terlibat,” kata Anwar.
Tambahnya dalam isu Myanmar, Malaysia mengambil pendirian yang lebih jelas yang mahu isu tersebut diselesaikan dengan segera. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button