Semasa

Alasan kelewatan LRA Bukit Selambau sukar diterima – Akmal Nasir

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Guna Daya Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tidak dapat menerima alasan diberikan susulan kelewatan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Ia susulan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelewatan menaik taraf loji rawatan air Bukit Selambau adalah kerana kenaikan kos bahan binaan.

“Kenapa orang lain boleh siap tapi kamu punya banyak alasan, benarkah kos bahan naik punca projek LRA Bukit Selambau lambat?” katanya menerusi video yang dimuat naik di X pada Rabu.

Akmal sementara itu memberi contoh Projek LRA Layang 2 di Johor mempunyai persamaan garis masa yang sama.

BACA LAGI: Kerajaan Persekutuan bakal bina TAPS, simpan bekalan air mentah untuk LRA Sungai Linggi

“Sebagai contoh LRA Layang2 dapat disiapkan dengan kos RM230 juta pada tahun 2019, dan kini sudah siap sepenuhnya.

“Macam mana projek ini di sini (Johor) boleh siap, barang naik tu semua naik harga,”tegasnya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru sementara itu menegaskan menegaskan geran RM129 juta yang disediakan kerajaan Persekutuan untuk projek itu bukan pinjaman.

“Bukanlah saya mintak terima kasih pun tapi buatlah kerja baik-baik.,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button