Nasional

PM cuba sendiri Menu Rahmah Mahasiswa

PM Anwar dikenali sebagai pemimpin yang mesra dan mudah didekati semua golongan rakyat


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mencuba sendiri Menu Siswa Rahmah yang baharu diperkenalkan institusi pengajian tinggi.

Hadir
ke Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi
sebelum solat Jumaat semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu
sembat mencuba beberapa menu antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan
goreng.

Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan orang ramai yang turut berada di kafetaria tersebut.
 
Selain
wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM, Prof
Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepemimpinan tertinggi dan
pengurusan universiti.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk
Mohammad Yusof Apdal; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof Emeritus
Datuk Dr Mohamad Abd Razak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar tuurt hadir meraikan
kunjungan Perdana Menteri itu.

Sebagai rekod, Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif KPT, dengan sajian pada harga serendah RM3.50.

Ia
yang ditawarkan di 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta
politeknik bagi memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA
daripada kumpulan keluarga B40.

Selesai menjamu selera, Anwar
menyertai kira-kira 2,000 jemaah, termasuk warga UKM menunaikan solat
Jumaat di Masjid UKM, yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria
Randau Rasa.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button