Nasional

Peruntukan PKS untuk Sabah dan Sarawak ditambah RM600 juta

Keputusan Perdana Menteri bagi memastikan pembangunan ekonomi di Borneo dijayakan

SEBAGAI
usaha membantu komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak, kerajaan
bersetuju memberi peruntukan khas tambahan RM600 juta dalam Belanjawan
2023.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat ketika menggulang usul Belanjawan 2023 semalam.

Menurutnya,
keputusan itu selepas meneliti keperluan menyokong golongan usahawan
dan peniaga seperti yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen dari
kedua-dua negeri itu.

“Untuk Sabah Sarawak, saya zahirkan keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga. Oleh itu, saya nak tambah (peruntukan).

“Sukacita
diumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk komuniti
PKS Sabah dan Sarawak dalam bentuk dana pinjaman mikro melalui Bank
Simpanan Nasional (BSN) dengan RM100 juta tambahan.

“Selain itu, (peruntukan tambahan juga termasuk) kemudahan jaminan pinjaman PKS daripada bank sebanyak RM500 juta,” katanya.

Anwar
turut menjelaskan, peruntukan RM600 juta itu akan diagihkan kepada
kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bentuk dana pinjaman
mikro dan kemudahan jaminan pinjaman.

Sebagai
rekod, pada Febuari lalu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata, tumpuan kementeriannya adalah
untuk memberi tumpuan kepada usaha pembangunan usahawan di Sabah dan
Sarawak.
Presiden UPKO
itu berkata, hasrat itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri,
pegawai dan kakitangan kementeriannya bahawa tumpuan tambahan mesti
diberikan kepada Sarawak dan Sabah tanpa perlu mengurangkan kos tambahan
di seluruh negara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button