Akademi Kenegaraan teraju kerjasama Program Latihan Kenegaraan Malaysia Madani
Akademi Kenegaraan akan meneraju kerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keberkesanan Program Latihan Kenegaraan Malaysia Madani, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan dipengerusikan beliau di bangunan Parlimen pada Selasa yang antara inisiatifnya bagi memperkasa ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Fungsi akademi ini antara lain melaksanakan latihan kenegaraan yang lebih holistik dan komprehensif.
“Selain memberi khidmat nasihat dan runding cara berkaitan ilmu kenegaraan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Katanya lagi, ia juga dapat membangun kurikulum yang sentiasa memenuhi keperluan semasa, jangkaan pemegang taruh dan pelanggan.
“Serta membangun kepakaran sumber manusia yang kompeten dalam melaksanakan program latihan berkualiti tinggi,” ujarnya.