Semasa

Fadhlina seru pelajar terlibat aktif dalam badan beruniform

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyeru lebih ramai murid terlibat dengan aktiviti
kokurikulum membabitkan badan beruniform seperti pengakap.

Jelasnya, elalui penglibatan itu ia akan dapat menjayakan hasrat bagi melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan dan disiplin tinggi.

“Saya tegaskan dalam ucapan saya tentang keseimbangan antara pendidikan akademik dan kokurikulum sebagai terjemahan kepada semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pendidikan di sekolah harus memberikan tumpuan yang saksama terhadap pembangunan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

“Dengan yang demikian, maka prinsip “karamah insaniah” akan kita pertahankan, seterusnya membentuk anak-anak didik yang beradab, berakhlak dan berintegriti.

“Selain menghargai pencapaian, pendidikan manusiawi dari perspektif Pengakap dapat dipupuk melalui disiplin dan pengajaran nilai-nilai murni di lapangan,” kata Fadhlina dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Terdahulu, Fadhlina hadir ke Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Peringatan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah sempena Majlis Aspirasi Guru Pengakap Negeri Kedah

Pada acara itu beliau dianugerah Bintang Peringatan 100 Tahun Pengakap Kedah sebagai penghargaan atas komitmen beliau dan memberi semangat kepadanya untuk terus berkhidmat kepada pergerakan itu serta masyarakat.

BACA LAGI: Dr Zaliha dilantik Presiden PPM Wilayah Persekutuan

Sementara beliau turut berharap sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula hari ini berjalan lancar.

“Untuk esok, kita semua telah lakukan persiapan dan beri taklimat dari segi sesi libat urus bersama Jabatan Pendidikan semua negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah… Insya-ALLAH, semua sudah pun digerakkan untuk semua negeri.

“Anak saya pun masuk darjah satu… saya bersama ibu bapa yang lain akan mula sibuk sepanjang seminggu dan jangan lupa, minggu pertama adalah minggu yang penuh dengan aktiviti serta penglibatan pelajar,” katanya pada majlis itu.

Related Articles

Back to top button