Global

Lawatan Setiausaha Politik Menteri Kewangan ke Rusia tidak guna dana kerajaan

Setiausaha Politik Menteri Kewangan pada Isnin meraikan para pelajar Malaysia di Rusia dalam Majlis Iftar di Kedutaan Besar Malaysia di Rusia.

Muhammad Kamil bin Abdul Munim, menerusi catatan di laman Instagramnya berkata, majlis iu turut disertai Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai, dan warga Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

“Dalam kesempatan yang ada, peluang berdialog antara kami turut diadakan bagi mendengar pendapat dan perkongsian dari para pelajar,” katanya yang turut berkongsikan beberapa gambar pada acara itu.

Muhammad Kamil sedang berada di Russia atas undangan Civic Chambers of Russian Federation untuk hadir sebagai pemerhati ‘Russian Federation Presidential Election 2024’.

Pada pertemuan bersama pelajar Malaysia di Moscow beliau turut mendedahkan tiada tiada sebarang dana kerajaan telah digunakan untuk menampung kehadiranya dan delegasi lain dalam lawatan tersebut.

“Bagi mengelakkan kegurasan dan kebimbangan ramai, saya turut ambil kesempatan menjelaskan berkenaan lawatan saya ke Rusia kepada semua.

“Saya jelaskan bahawa segala perbelanjaan saya sepanjang di Rusia dibawah tanggungan Civic Chamber of Russian Federation sebagai hos termasuk perbelanjaan rakan-rakan delegasi Malaysia dan dari negara lain yang turut hadir atas jemputan sebagai pemerhati #RusiaMemilih2024,” jelasnya.

BACA LAGI: PM Anwar gesa Malaysia, Jerman guna pengaruh selesai konflik di Gaza

Lebih menarik beliau turut menjelaskan, majlis iftar yang dilangsungkan adalah dibawah tanggungan peribadinya sendiri dan dicadangkan untuk majlis diadakan di kedutaan bagi mengurangkan kos melibatkan sewa tempat.

“Kesudian para pembantu di kedutaan untuk sama-sama gotong royong, merewang bagi memeriahkan suasana Ramadan di Moscow dan pastinya untuk bersama menikmati juadah berbuka,” katanya melalui hantaran tersebut.

Related Articles

Back to top button