PM Anwar pesan semua anggota Kastam dan Imigresen bertugas penuh disiplin, integriti
“Saya sampaikan pesanan supaya semua anggota bertugas dengan penuh disiplin dan integriti,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua anggota kastam dan imigresen ketika membuat lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Jumaat.
“Pastikan tiada lagi kecurangan dalam kalangan anggota yang boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara,” katanya.
Anwar melalui hantaran di Facebook berkata, lawatan beliau ke LTAPP itu bertujuan untuk melihat sendiri pengurusan dan fasiliti lapangan terbang, serta penugasan anggota khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Dalam hantaran sama yang turut disertakan dengan video rangkuman tinjauan Perdana Menteri ke LTAPP, Anwar berkata lawatan berkenaan dibuat bagi melihat sendiri pengurusan dan fasiliti lapangan terbang serta penugasan anggota khususnya JKDM dan JIM.