Negeri

Selangor taja 36 individu tunai haji tahun ini – Menteri Besar

Kerajaan Negeri Selangor buat julung kalinya bakal membiayai kos menunaikan haji bagi 36 individu terpilih tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu yang membabitkan sejumlah peruntukan dengan setiap individu menerima tajaan antara RM18,000 hingga RM30,000 seorang.

“Tahun ini kali pertama kita perkenalkan bantuan ini. Dalam masa sama kita kekalkan bantuan antara RM500 ke RM1,000 untuk setiap muassasah.

“Alhamdulillah rasanya tak ada lagi negeri yang beri bantuan seperti ini. Kita pilih mereka yang layak. Inilah sedikit sebanyak yang kita mampu laksanakan untuk bantu rakyat,” katanya di majlis serahan sumbangan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 500 penduduk Hulu Kelang pada Sabtu.

BACA LAGI: Sultan Selangor seru pemimpin politik satu padukan semua rakyat

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta untuk skim Permohonan Insentif Haji Muassasah, meningkat RM1.5 juta berbanding tahun lalu.

Selain wang tunai, jemaah juga turut menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

Sementara itu menurut Amirudin, empat muassasah bakal dari setiap daerah di negeri itu bakal dipilih untuk menerima tajaan.

Related Articles

Back to top button