Uncategorized

Jasa Abdul Ghapur dikenang selamanya- PM

DATUK SERI Anwar Ibrahim mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang meninggal dunia hari ini.

Perdana Menteri berkata, jasa dan pengorbanan bekas Ahli Parlimen Kalabakan itu kepada negara dan negeri Sabah akan dikenang buat selama-lamanya.

“Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Kalabakan, telah kembali ke Rahmatullah. Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada negara dan negeri Sabah khususnya sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Abdul Ghapur meninggal dunia pada usia 80 tahun kira-kira pukul 12.07 tengah malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah antara 1995 dan 1997 dan pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Kabinet negeri termasuk Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sabah.

-AA

Related Articles

Back to top button