Semasa

Farhan santuni aktivis awal reformasi, serah sumbangan Anwar kepada Cik Lan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyantuni aktivis awal reformasi yang menabur jasa dalam perjalanan politiknya.

Terbaharu beliau menyerahkan sumbangan kepada saudara Roselan atau lebih dikenali sebagai Cik Lan di Kota Damansara.

Anwar melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, sumbangan telah disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, saudara Farhan Fauzi yang menziarahi Roselan di kediamannya.

BACA LAGI: 57 ‘otai reformis’ terima sumbangan raya dari Anwar

“Saudara Roselan kini menghadapi masalah kesihatan yang kronik yang mengakibatkan beliau terputus sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah,” kata Anwar yang juga Presiden KEADILAN.

Difahamkan, sumbangan diberikan bertujuan membantu urusan harian dan perubatan saudara Roselan.

Related Articles

Back to top button