Semasa

‘Dakap, cium tangan ibu selagi diizin waktu’ – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan dan penat lelah insan bergelar ibu.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya sempena hari ibu yang disambut pada Ahad Anwar meminta mereka yang bergelar anak supaya sentiasa mengenang jasa ibu termasuk nasihat yang tidak putus-putus diberikan demi kasih pada anak.

“Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat semua wanita yang bergelar ibu. Ingatan khusus buat Allahyarham ibu saya (Datin Che Yan Hamid) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) tercinta.

“Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Hari Ibu disambut pada Ahad minggu kedua Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan.

BACA LAGI: PM Anwar sampaikan ucapan istimewa buat Wan Azizah sempena Hari Wanita Sedunia

Sebagai rekod, Ibu kepada Perdana Menteri meninggal dunia pada April 2001 ketika berusia 75 tahun.

Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mendedahkan, ketika terpenjara hanya sekali saja beliau pernah menitiskan air mata iaitu ketika ibunya meninggal dunia.

“Sepanjang hidup derita di penjara, hanya sekali saya menangis iaitu apabila ibu saya meninggal dunia,” katanya dipetik laporan pada Mei lalu.

Related Articles

Back to top button