PRK Kuala Kubu Bharu manifestasi peningkatan sokongan rakyat kepada kerajaan
Sokongan masyarakat Melayu kepada gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan meningkat.
Institut Darul Ehsan (IDE) dalam satu kenyataan yang merujuk keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada Sabtu berkata, peratusan sokongan masyarakat Melayu meningkat tiga peratus kepada 42 peratus berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun lalu.
Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir berkata, kajian IDE turut mendapati sokongan dari pada kaum India terhadap PH-BN meningkat sebanyak lapan peratus berbanding PRN lalu.
Berdasarkan rekod SPR, DUN Kuala Kubu Bharu mengandungi 40,226 pengundi dengan 39,362 pengundi biasa, 625 pengundi anggota polis dan pasangan, 238 pengundi tentera dan pasangan serta seorang pengundi luar negara.
Kira-kira 46 peratus pengundi terdiri Melayu, Cina sekitar 30 peratus, kira-kira 6,000 atau 18 peratus adalah pengundi India, manakala bakinya masyarakat Orang Asli.
BACA LAGI: Keputusan PRK Kuala Kubu Bharu simbolik rakyat yakini Kerajaan Perpaduan – Penganalisis
Pada PRK kali ini, keputusan undian awal polis dan tentera juga berubah kepada calon mewakili kerajaan apabila calom diketengahkan mereka mendapat 592 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 156 undi.
Berbeza pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, undian awal menyebelahi calon PN dengan 530 undi berbanding PH, 146 undi.
Menurut analisis dalaman DAP pula menunjukkan gabungan PH-BN menang 16 dari 18 daerah mengundi pada PRK Kuala Kubu Bharu, peningkatan tiga daerah berbanding PRN tahun lalu.