Semasa

Penyedia platform perlu hormati pendirian dan kedaulatan Malaysia – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap semua penyedia platform media sosial menghormati pendirian Malaysia termasuk pelaporan kenyataan anggota pentadbiran.

Harapan itu disuarakan susulan tindakan tindakan syarikat penyedia platform Facebook, Meta yang baru-baru ini bertindak menurunkan artikel pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas.

“Pada Jun nanti, insya-Allah saya akan mengadakan pertemuan dengan semua platform untuk memberi penegasan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

“Kepimpinan yang ada kami mempunyai pendirian yang sangat jelas dalam beberapa perkara,“ katanya pada satu sidang media semalam.

BACA LAGI: Aminuddin Harun sokong pertemuan PM dengan pemimpin Hamas

Terdahulu, Meta kembali memuat naik laporan berita pertemuan Anwar dengan pemimpin Hamas di platform media sosialnya yang diturunkan sejak kelmarin.

Susulan itu kerajaan Malaysia memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap Meta dan pengendali media sosial lain jika mereka terus menyekat kandungan pro-Palestin di platform masing-masing.

Sementara itu Fahmi berharap insiden membabitkan pengendali platform media sosial seperti itu tidak berulang pada masa hadapan.

Related Articles

Back to top button