Semasa

PM Anwar bidas tuduhan saham MAHB bakal dimiliki syarikat pro-Zionis

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan yang mengatakan 25 peratus baki saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) akan dimiliki syarikat pro-Zionis.

Beliau berkata, dakwaan itu yang dibangkitkan pembangkang itu sama sekali tidak berasas dan hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Tiada yang positif daripada dia (pembangkang). Hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki.

“Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh tidak beri sesuatu yang positif kepadanya. Yang dicari adalah fitnah dan hasutan.

“Ringgit dan bursa bertambah mengukuh itu hanya menyakitkan hati mereka (pembangkang),” kata dalam satu sidang media di Astana, Kazakhtan pada Jumaat.

BACA LAGI: Digital ID selamat, tohmahan didalangi agenda Zionis mengarut

Beliau yang juga Menteri Kewangan sebelumnya diminta mengulas laporan yang mengatakan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membeli saham MAHB sehingga 70 peratus, manakala lima peratus lagi akan dikuasai kerajaan Abu Dhabi.

Related Articles

Back to top button