Negeri

Penilaian semula aset PBT, bukan notis naik cukai – MB Selangor

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan notis berkaitan proses penilaian semula pegangan atau aset oleh beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu ada kaitan dengan peningkatan cukai.

Ditemui pemberita selepas menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pihak kerajaan negeri pada satu majlis di Shah Alam pada Isnin beliau menegaskan, perkara itu (penilaian semula) adalah proses biasa bagi menilai aset atau harta benda di dalam kawasan PBT terbabit mengikut nilaian semasa selepas lebih 10 tahun kadar sedia ada digunakan.

“Kemampanan Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan harus dipertimbangkan. Apa yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika ini adalah proses sama sebagaimana yang dilakukan Majlis Perbandaran Kajang pada 2022,” katanya dipetik.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata proses penilaian semula itu dilakukan secara saksama, mengambil kira beberapa aspek termasuk kos penyelenggaraan dan mengutip sampah yang pastinya tidak sama sepertimana 10 atau 15 tahun lalu ketika penetapan bagi nilaian kos tersebut ditentukan.

BACA LAGI: Selangor teruskan insiatif pengeculian cukai taksiran kediaman kampung

“Penilaian ke atas sebarang aset atau hartanah yang ada di dalam kawasan PBT bagi membolehkan pihak Majlis mendengar pandangan, bantahan atau respond dari komuniti berkenaan.

“Apa (notis) yang diterima penduduk adalah bagi membolehkan mereka mengemukakan bantahan atau pandangan dan selepas dikumpul serta disemak, ia akan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri sama ada kita bersetuju dengan dapatan penilaian semula tersebut.

“Itu adalah proses bantahan dan ia bukanlah notis kenaikan cukai sebagaimana dibimbangkan,” tegasnya.

Related Articles

Back to top button