Mahkamah

Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa hari ini

Anak lelaki dan bekas setiausaha politik Menteri Besar, Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di mahkamah berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, manakala bekas setiausaha politiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudiannya berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

Mengenai kes membabitkan Menteri Besar Perlis dari parti Pas itu, sumber yang dipetik laporan memaklumkan, siasatan lanjut masih dijalankan SPRM.

Related Articles

Back to top button