Semasa

Malaysia cadangkan pembinaan terminal khas jemaah haji, umrah di Kuala Lumpur

Kerajaan Malaysia mengusulkan cadangan kepada Arab Saudi agar terminal khas dibina bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji dan umrah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dengan adanya terminal khas di Kuala Lumpur itu, ia dapat membantu melancarkan penerbangan dari Jeddah atau tempat lain dari Arab Saudi terutama ketika musim haji yang memerlukan lebih banyak penerbangan tambahan.

“Bagi ibadah haji memang sudah mempunyai kemudahan di Kuala Lumpur tetapi kita bukan hanya mahu fokus untuk haji tetapi umrah juga. Ini akan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia mengerjakan umrah sepanjang tahun.

“Kita juga sedang berbincang dengan pihak kerajaan Arab Saudi untuk menambah penerbangan tambahan semasa musim haji supaya ini dapat memudahkan pergerakan haji dari Kuala Lumpur Malaysia ke Arab Saudi.,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Cadangan itu menurutnya dibangkitkan ketika mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi ketika menghadiri Future Aviation Forum di Riyadh atas undangan Kerajaan negara itu.

BACA LAGI: Prasarana peruntuk RM50 juta naik taraf kemudahan 11 stesen monorel

Mengulas lanjut Anthony berkata, pihaknya turut berbincang dengan pihak kerajaan Arab Saudi untuk menambah penerbangan tambahan semasa musim haji.

Langkah itu jelasnya dapat memudahkan pergerakan haji dari Kuala Lumpur Malaysia ke Arab Saudi.

“Kita berharap perkara ini dapat direalisasikan segera,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button