Semasa

Malaysia dimuliakan negara luar kerana kestabilan dan perpaduan

Malaysia dimuliakan dan dipandang tinggi negara asing kerana kestabilan politik dan perpaduan rakyatnya.

Perdana Menteri ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan 2024 pada Sabtu berkata, itu respons diterima beliau dalam sesi lawatan ke beberapa negara sebelum ini.

“Kita jadikan sambutan Minggu Perpaduan ini, untuk tabik hormat kepada rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan.

“Mudah-mudahan semangat ini dapat kita pertahan dan generasi muda bekerja lebih supaya perpaduan dalam kalangan generasi muda lebih baik daripada generasi kami sekarang ini,” katanya.

Sambutan SMP di Angsana Mall, Johor Bahru diadakan sejak 23 Mei lalu dan akan berakhir hari ini.

Program anjuran Kementerian Perpaduan itu menawarkan pelbagai pengisian akitiviti menarik dan interaktif kepada pengunjung seperti pameran rumah KAMI (22 rumah etnik), perkampungan Orang Asli suku kaum Seletar, Mahmeri dan Semai, perkampungan rumah panjang suku kaum Iban, pameran jabatan serta agensi kerajaan dan swasta serta jualan Rahmah.

Sambutan terbabit menjadi berharga untuk rakyat bersama-sama memperkasa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan Malaysia seterusnya mengukuhkan tapak integrasi nasional berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara.

BACA LAGI: Selangor lancar Gagasan Rumpun Selangor, jadi asas kukuh perpaduan

Sementara itu pada ucapannya, Anwar mencadangkan Kementerian Perpaduan menggantikan perkataan toleransi dengan perpaduan ke arah kasih sayang dan hormat-menghormati sesama insan.

Ia jelasnya bagi menggambarkan masyarakat majmuk sesuai dengan pendekatan Gagasan Malaysia Madani.

Related Articles

Back to top button