Nasional

KSM laksanakan insiatif, pastikan Akta 446 dipatuhi

Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal melaksana pelbagai inisiatif bagi memastikan majikan memenuhi peruntukan dalam Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).

Menteri KSM, V. Sivakumar berkata pihaknya melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK), sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pihak majikan menyediakan tempat penginapan sesuai kepada pekerja mereka.

“Banyak perkara dan inisiatif telah diambil oleh JTK dan juga kementerian, untuk memastikan penginapan yang diberikan kepada pekerja dalam tahap ataupun keadaan yang baik.

“Ini terutamanya bagi pekerja-pekerja asing yang sebelum mereka datang ke negara kita, kita hendak memastikan bahawa majikan menyediakan penginapan yang sesuai untuk untuk mereka,” katanya.

Sivakumar berkata begitu selepas hadir merasmikan Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Perak Tahun 2023 di Perak pada Khamis.

Sementara itu tambahnya, KSM juga sedang merancang beberapa kaedah lain bagi mengatasi masalah kediaman pekerja sesegera mungkin.

Ia antaranya dengan mewujudkan penempatan di kawasan perkilangan, supaya masalah kediaman pekerja dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sebagai rujukan, Akta 446 yang berkuatkuasa pada 2020, dilaksanakan bagi menangani isu pengurusan tempat tinggal pekerja menerusi tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Related Articles

Back to top button