Politik

Parti pembangkang Sarawak nyata sokongan penuh kepada PM dan Premier

Parti pembangkang Parti Sarawak Bersatu (PSB) malam tadi menyatakan sokongan mereka kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata pilihan mereka untuk menyokong kepemimpinan negeri dan persekutuan adalah bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara dapat diperkukuh.

“Kami, pemimpin dan ahli PSB, telah memutuskan untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu menyokong premier Sarawak dan perdana menteri untuk membolehkan mereka mencapai apa yang telah mereka lakukan untuk negara kita.

“Mereka mendapat sokongan penuh kami dalam perpaduan demi kebaikan negara kita,” kata Wong dalam ucapannya.

Mengulas lanjut beliau menegaskan perdana menteri harus diberikan sokongan sepenuhnya bagi membolehkan pentadbiran baharunya melaksanakan matlamat Malaysia MADANI untuk membasmi rasuah dan ketidakcekapan serta memperbetulkan apa yang salah pada masa lampau dan menyingkirkan faktor perpecahan dalam kalangan rakyat.

Kenyataan Wong dikeluarkan berikutan keputusan PSB untuk menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Parti Demokratik Progresif (PDP), sebuah parti komponen GPS yang beliau tandatangani bersama Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing, di Kuala Lumpur.

Wong dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing menandatangani memorandum persefahaman (MOU) petang ini di Kuala Lumpur.

Tiong ketika mengulas MOU itu berkata kedua-dua pihak akan mengambil langkah demi langkah dalam usaha ke arah penggabungan.

Related Articles

Back to top button