Semasa

MCMC tidak jadi alat tutup mulut pengkritik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menolak dakwaan agensi itu digunakan sebagai alat untuk menutup mulut pengkritik kerajaan.

Melalui satu kenyataan pada Khamis berkata, dakwaan ia digunakan untuk menyekat wacana awam mengenai isu atau dasar kerajaan membayangkan seolah-olah Putrajaya dan badan kawal selia lain tidak boleh menerima kritikan.

“Persepsi ini tidak tepat dan tidak menggambarkan operasi MCMC dan platform media sosial,” menurut kenyataan itu.

MCMC menegaskan, usaha memastikan persekitaran dalam talian yang selamat ialah matlamat bersama suruhanjaya itu dan platform media sosial.

Iaa hanya akan mengemukakan permintaan kepada platform dalam talian jika ada kandungan yang dianggap melanggar piawaian komuniti atau undang-undang Malaysia dan sekatan sebenar kandungan adalah berdasarkan penilaian platform itu sendiri.

“72 peratus permintaan untuk menurunkan kandungan diajukan kepada platform media sosial adalah untuk menyekat andungan berkaitan perjudian dalam talian dan penipuan.

“Selain itu, 19 peratus membabitkan penipuan dalam talian, 15 peratus dikenal pasti sebagai berita palsu, enam peratus berkaitan dengan kaum, agama dan royalti (3R), dan lima peratus lagi membabitkan gangguan,” menurut MCMC.

BACA LAGI: Mahasiswa diseru jadi teladan, elak diri main isu 3R

Suruhanjaya itu melaporkan, pada suku keempat tahun lepas, satu platform media sosial secara proaktif mengeluarkan 1.8 juta kandungan dalam talian tanpa sebarang permintaan daripada pihak berkuasa.

Kandungan ini merangkumi pelbagai kategori seperti mempromosi buli dan gangguan, pelanggaran privasi, ucapan kebencian, maklumat salah, spam, tingkah laku tidak baik yang diselaraskan, maklumat salah yang memberi kesan secara langsung kepada proses politik, dan media tertentu yang dimanipulasi dengan maklumat tidak benar.

Melalui kenyataan tersebut MCMC turut menegaskan, walaupun kritikan terhadap kerajaan atau ahli politik dibenarkan terdapat had undang-undang terhadap kebebasan media, terutamanya apabila ia membabitkan isu sensitif seperti 3R.

Related Articles

Back to top button