Semasa

Guna pengaruh dan kuasa untuk kepentingan rakyat, seru PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Perpaduan terus diperkukuhkan agar dapat menjalankan kerja dengan baik demi rakyat.

Harapan itu dinyatakan Anwar dalam ucapan ringkas sewaktu meluangkan masa menikmati makan tengah hari di Gerai Makan Sri Ayu di Taman Sri Gombak siang tadi yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Tambah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, semua pihak dalam gabungan yang membentuk kerajaan persekutuan wajar menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak.

“Kita ada Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) yang baik (di Selangor), kita juga ada kerjasama yang baik dengan BN (Barisan Nasional) sekarang… jadi 29 (Julai) ini penamaan calon (Pilihan Raya Negeri), saya harap kita dapat perkuat Kerajaan Perpaduan.

“Ia kerana kita (Kerajaan Perpaduan) ada agenda untuk rakyat yang belum kita laksanakan,” kata dipetik.

Pada Khamis, Anwar mendapat suntikan semangat apabila Parti pembangkang Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyatakan sokongan mereka kerajaan dipimpin Anwar selain Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg.

Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata pilihan mereka untuk menyokong kepemimpinan negeri dan persekutuan itu adalah bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara dapat diperkukuh.

Mengulas lanjut beliau menegaskan perdana menteri harus diberikan sokongan sepenuhnya bagi membolehkan pentadbiran baharunya melaksanakan matlamat Malaysia MADANI untuk membasmi rasuah dan ketidakcekapan serta memperbetulkan apa yang salah pada masa lampau dan menyingkirkan faktor perpecahan dalam kalangan rakyat.

Related Articles

Back to top button