Global
Dick Schoof angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Belanda yang baharu
Bekas ketua perisikan, Dick Schoof, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Belanda yang baharu, pada Selasa.
Pada upacara rasmi di istana yang berlangsung di hadapan Raja Belanda, Raja Willem-Alexander, barisan menteri Kabinet pimpinan Schoof turut berikrar taat setia kepada raja dan perlembagaan negara.
Sebelum ini, Schoof, 67, berpengalaman memainkan utama dalam menangani pelbagai situasi krisis, termasuk mengetuai siasatan Belanda terhadap kes pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada Julai 2014.
“Saya adalah Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Belanda. Saya tidak mempunyai parti,” katanya.
Beliau mengambil alih kepimpinan Kerajaan Belanda daripada Mark Rutte yang memegang jawatan itu selama 14 tahun. – AFP