Anwar
PM Anwar beri sumbangan kepada pesakit asma, resdung kronik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Henry Albert di mana anaknya, Theshvin Henry kini menghidap penyakit asma dan resdung kronik.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi, baru-baru ini dalam siri Ziarah MADANI untuk membantu urusan pembedahan segera.
“Dalam kunjungan ini, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos pembedahan dan rawatan susulan,” katanya.
Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Thevsin selamat menjalani pembedahan dan segera pulih, sekali gus dapat kembali aktif serta menjalani kehidupan harian seperti biasa.