Anwar

Terengganu tidak dipinggirkan, kerajaan salur RM7.23 bilion pada 2024 – PM Anwar

Keseluruhan perbelanjaan negeri Terengganu pada 2022 adalah RM5.99 bilion, namun ia meningkat bagi tahun 2024 berjumlah RM7.23 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia membabitkan projek negeri dan Persekutuan sekali gus menunjukkan dakwaan Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan untuk Terengganu tidak benar.

Menurutnya, ia menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan kerajaan Terengganu, walaupun berbeza fahaman politik.

“Jadi saya makluman di sini, bukan dikurangkan ketimbang 2022 dari RM5.99 bilion jadi sekarang RM7.24 bilion.

“Saya dapat maklumat terperinci dari Kementerian Kewangan dan apa beberapa bidang keutamaan yang saya bincang yang belum pernah berlaku sebelum ini iaitu di mana kepimpinan persekutuan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-Menteri, Ketua Setiausaha Negara semua duduk bersama dengan kerajaan negeri bincang keutamaan kadang-kadang difikirkan di Putrajaya tak sama dengan keutamaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark, di Merchang, Terengganu pada Rabu.

Jelasnya beberapa projek yang sedang dirangka di setiap negeri ketika ini perlu dipercepatkan demi kesejahteraan rakyat terutama bagi projek tebatan banjir yang perlu diberi keutamaan.

Related Articles

Back to top button