Negeri

Kompleks Sukan Shah Alam sedia digunakan untuk Sukma 2026 – MB Selangor

Kerajaan Negeri Selangor bersedia menggunakan kemudahan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sekiranya menjadi tuan rumah untuk Sukan Malaysia (Sukma) pada 2026 nanti.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri sudah tentu mahu memanfaatkan infrastruktur berkenaan sekiranya stadium baharu itu siap lebih awal daripada waktu ditetapkan.

“Sebenarnya Selangor mendapat tawaran menjadi tuan rumah bukannya membida dan pembangunan stadium baharu menjadi kayu ukur sama ada mampu siap lebih awal atau sebaliknya.

“Jika siap lebih awal sudah tentu kita mahu tetapi saya sekali lagi saya tegaskan Selangor tidak mahu tergesa-gesa. Ini kerana pengalaman tergesa-gesa akhirnya akan membawa kemusnahan atau mengakibatkan isu lebih buruk,” katanya.

Amirudin sebelum ini memberitahu projek KSSA akan dilaksana secara perkongsian awam-swasta dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menanggung kos pembangunan tanpa menggunakan dana awam.

Beliau berkata, pembangunan semula KSSA termasuk stadium negeri akan bermula pada suku pertama tahun ini.

Related Articles

Back to top button