Sukan

Adam Adli saran FAM segera selesai isu tunggakan gaji pemain Liga M

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disarankan segera menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata pihaknya tidak mencampuri isu tersebut kerana telah menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada FAM.

“Buat masa ini, yang kita tekankan ialah FAM perlu menangani perkara ini sebaik mungkin,” katanya ketika diminta mengulas isu tunggakan gaji membabitkan beberapa pasukan itu.

Adam Adli ditemui pemberita selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di Kuantan pada Ahad.

Pada Jumaat lepas, seorang pemerhati sukan berkata FAM berpotensi berdepan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika gagal menghentikan isu berulang masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga M.

Isu tersebut jelasnya sudah banyak kali terjadi dan boleh memberi kesan negatif kepada Malaysia.

BACA LAGI: Kompleks Sukan Shah Alam sedia digunakan untuk Sukma 2026

Datuk Dr Pekan Ramli menegaskan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Liga M, perlu menyelesaikan masalah berkenaan sebelum FIFA mengambil tindakan.

Sebelumnya, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Samad, Penaung KL City FC Fahmi Fadzil dan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali sudah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai perkara berkenaan.

Related Articles

Back to top button