Uncategorized

Kerajaan pantau perbelanjaan, pastikan nisbah DSC tidak lebih 15% – MoF

Kerajaan tidak pernah gagal dalam melunaskan obligasi bayaran hutang matang dan faedah mengikut jadual ditetapkan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen menegaskan, kerajaan sentiasa memantau perbelanjaan bayaran khidmat hutang (DSC) dan prestasi kutipan hasil bagi memastikan nisbah DSC kepada hasil tidak melebihi 15%.

“Kerajaan sedang melaksanakan beberapa strategi bagi memastikan DSC kekal terurus dan dapat dikurangkan. Antaranya ialah meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur-ansur dan program pinjaman bagi membiayai defisit tahunan mengutamakan sumber pasaran modal tempatan.

Selain itu, kerajaan juga mengambil strategi memperluas asas hasil dan memastikan kutipan hasil mampan dan pinjaman kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan (DE) sahaja, kata kementerian itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah bertanyakan strategi kerajaan mengawal DSC supaya kekal bawah 15% daripada jumlah hasil kerajaan.

BACA LAGI: Kerajaan terus komited kurangkan defisit fiskal negara – MOF

MoF sementara itu berkata, kerajaan juga menyemak semula kaedah pelaksanaan projek mega dan pembiayaannya, selain penetapan had siling jaminan kerajaan melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA).

Pelaksanaan Akta FRA dijangka mampu menambah baik kemampanan hutang disokong pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana dan semakan semula perbelanjaan yang akan dibuat dengan lebih bertanggungjawab, katanya.

Related Articles

Back to top button