Sukan

Olimpik Paris 2024: KBS pantau, pastikan atlet tidak berdepan isu doping

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil pelbagai langkah bagi memastikan atlet negara yang akan beraksi pada sukan Olimpik Paris bebas penggunaan doping dan barang larangan.

Timbalan menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, setakat ini pihaknya tidak berdepan dengan isu doping melibatkan kontinjen negara.

“Setakat ini kita tak ada masalah berdepan dengan isu doping dan memang kita laksanakan banyak langkah-langkah yang diperlukan sebelum mereka ni berlepas ke Paris.

“Selalunya bila berlaku isu-isu doping kerana tak sengaja. Kadang-kadang ada tidak sedar bahan yang terdapat dalam makanan tambahan yang diambil

“”Jadi kita akan memastikan perkara ni tak berulang, pengambilan makanan tambahan turut dipantau di bawah Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS),” katanya.

Adam berkata begitu ketika ditemui pemberita pada program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) di Kolej Poly-Tech Mara, Meru Raya di Ipoh pada Ahad.

BACA LAGI: Pemenang pingat emas pertama negara bakal terima pangsapuri RM1 juta

Sementara itu, Adam melahirkan keyakinan atlet negara berada pada momentum terbaik sebelum beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris hujung bulan ini.

“Saya rasa atlet negara memang sangat berhati-hati dan berdisiplin dalam pengambilan makanan tambahan yang boleh memberi kesan kepada mereka,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button