Anwar

Kerajaan kurangkan pinjaman bersih, hutang baharu sebagai langkah jangka pendek – PM Anwar

Kerajaan komited mengurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu sebagai langkah jangka pendek meningkatkan keupayaan kewangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada 2021 dan 2022, negara berhutang sebanyak RM100 bilion sebelum dikurangkan secara berperingkat oleh kerajaan MADANI.

Beliau berkata, pinjaman kerajaan perlu dikurangkan walaupun hutang masih membengkak.

“Sebab itu saya nyatakan turunkan pinjaman dengan pada 2023 pada RM93 bilion dan 2024 dikurangkan lagi kepada RM86 bilion.

“Daripada RM100 bilion pada pentadbiran lalu, kita kurangkan kepada RM86 bilion, tetapi ini tidak boleh dikurangkan secara mendadak kerana kita masih memerlukan agenda pembangunan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur pada Isnin.

Katanya, pengurangan tersebut adalah hasil daripada langkah kerajaan mengurangkan defisit daripada 5.6 peratus pada tahun 2022 kepada 5 peratus tahun 2023 dan 4.3 peratus tahun 2024.

“Langkah jangka sederhana adalah untuk mengurangkan hutang negara daripada 64 peratus kepada 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Related Articles

Back to top button