Semasa

PM Anwar tuntut akauntabiliti ICC terhadap jenayah dilakukan rejim Israel

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menerima kunjungan hormat daripada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata pada pertemuan itu beliau telah dimaklumkan mengenai peranan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Selain itu turut dijelaskan peranan mahkamah antarabangsa itu dalam isu-isu antarabangsa terutamanya di Palestin dan Myanmar.

Selain itu Anwar menjelaskan, pada pertemuan itu beliau turut menekankan pendirian Malaysia dalam isu Palestin.

” Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam dari rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.

“Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin”, katanya menerusi hantaran itu.

BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia untuk misi pengaman di Palestin – PM Anwar

Mengenai perihal isu Myanmar, beliau mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mencari jalan penyelesaian.

Related Articles

Back to top button