Semasa

IAIS perlu terus main peranan selaras isu komuniti Muslim antarabangsa – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan agar Badan pemikir Islam, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, dapat terus memainkan peranan utama menyelaras isu-isu dihadapi komuniti Muslim di peringkat antarabangsa.

Harapan itu dinyatakan Anwar melalui satu hantaran di laman Facebooknya susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi IAIS Malaysia, Dr Maszlee Malik di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, IAIS Malaysia telah memainkan pelbagai peranan penting bagi mempromosikan identiti Muslim yang positif dan memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti Muslim serta ummah amnya di peringkat antarabangsa.

BACA LAGI: Umat Islam Malaysia diseru bersikap lita’aruf termasuk kepada bukan Islam

“Paling utama, IAIS Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan soft diplomacy negara, serta memastikan pelaksanaan libat urus melalui dialog antara negara-negara di peringkat antarabangsa, terutamanya negara Muslim.

“Hal ini selari dengan aspirasi konsep pendekatan MADANI selaras dengan dasar negara,” katanya.

Melalui hantaran itu, Anwar turut memberitahu pada pertemuan tersebut mereka turut membincangkan membincangkan hala tuju dan pelan tindakan institut itu untuk tempoh jangka panjang.

Related Articles

Back to top button