Negeri

Nelayan di Selangor terbela, Kerajaan Negeri salur peruntukkan RM400,000

Kerajaan negeri Selangor terus berusaha membela setiap lapisan rakyat di negeri itu.

Ia terbukti apabila Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bantuan bersasar berupa insentif peralatan dan kelengkapan menangkap ikan berjumlah RM400,000 kepada nelayan Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, inisiatif tersebut telah memanfaatkan 200 nelayan itu merangkumi bantuan pukat hanyut, tong minyak, kotak ikan dan minyak pelincir bagi mengurangkan beban mereka.

“Nelayan pun ada keperluan yang perlu diberi perhatian. Misalnya jaring atau pukat mungkin perlu ditukar tiga hingga enam bulan sekali dengan kos sekurang-kurangnya RM100.

“Tong ikan pula mencecah RM200 dan ada nelayan perlu belanja sekitar RM1,000 sebulan untuk kos bahan api turun ke laut.

“Memahami keperluan nelayan yang memberi kesan terhadap pendapatan mereka, Kerajaan Negeri menyumbang RM400,000 untuk membantu 200 orang nelayan.

“Moga sumbangan ini memberi kelegaan buat mereka, insya-Allah,” katanya.

BACA LAGI: Selangor tawar program khusus penjagaan pesakit Palsi Serebrum

Amirudin melalui hantaran sama turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian terhadap keperluan nelayan dan berusaha membela kebajikan mereka.

Sebelum ini EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata 200 nelayan negeri ini menikmati bantuan menerusi program Pembangunan Agropreneur Selangor: Bantuan Nelayan.

Penerima melibatkan lima Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sepang, Kuala Langat, Pelabuhan Klang, Sungai Besar dan Kuala Selangor.

Related Articles

Back to top button