Semasa

Malaysia perlu bersedia harungi cabaran sebagai negara tua

Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030, dengan 15 peratus daripada populasi terdiri daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas, kata Menteri Kesihatan.

Justeru jelas Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Malaysia perlu berusaha mengatasi cabaran negara tua dengan berkesan dan melakukannya dengan penuh ihsan

“Seperti negara-negara Asean yang lain, kita telah dengan berhati-hati menyediakan sumber untuk menjaga kebajikan seluruh penduduk, menjaga kebajikan warga tua dan pada masa yang sama memastikan generasi muda dipersiapkan dengan cara penjagaan kesihatan, bagi menangani hidup yang lebih sihat dan umur lebih panjang,” katanya.

Ucapan Dr Dzulkefly dibacakan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Shafiee Ismail di Persidangan Hari Tua yang Sihat 2024, di George Town pada Selasa.

Sementara itu tambah Dr Dzulkefly berharap persidangan itu, menjadi forum untuk menjelaskan apa yang diperlukan untuk mencapai status negara tua yang berjaya dan cabaran yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.

BACA LAGI: Pindaan Akta Perubatan perbetul ketidakaturan latihan kepakaran- KP Kesihatan

Persidangan tiga hari itu bertemakan ‘Menua dengan berjaya’ dianjurkan Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Komanwel (CMA).

Kira-kira 600 delegasi termasuk 45 penceramah antarabangsa dan 87 penceramah Malaysia akan berkongsi pandangan, dapatan kajian dan langkah inovatif bagi mempromosi penuaan yang sihat.

Related Articles

Back to top button