Semasa

NRES saran sistem berorientasi digital dalam pentadbiran tanah diperluas

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyarankan agar pendigitalan dalam sistem pentadbiran tanah Madani diperluas .

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem yang berorientasikan digital itu membolehkan urusan dilaksana dengan tangkas dan menepati piawaian global.

“Kerajaan Persekutuan turut mengambil tanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan yang seragam supaya pentadbiran tanah di negeri-negeri kekal berdaya saing.

“Sistem pentadbiran tanah yang berintegriti, telus, tangkas dan konsisten menjadi keutamaan para pelabur khasnya pelabur antarabangsa,” katanya.

BACA LAGI: Malaysia mampu kembali jadi ‘Harimau Asia’ jika capai status negara berpendapatan tinggi

Nik Nazmi berkata begitu pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Negara (HTN) kelapan di Putrajaya pada Rabu.

Beliau sementara itu turut mengalu-alukan usaha Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melaksanakan pindaan kepada Jadual Kesepuluh, Jadual Keenam Belas dan Perintah Ubahsuai kepada Seksyen 292A, Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Pindaan itu bagi membolehkan konsep perserahan dan pendaftaran atas talian (‘Online Public Representation’), hakmilik elektronik dan daftar hakmilik berkonsepkan ‘Cloud’ dilaksanakan oleh warga pentadbiran tanah di seluruh negara.

Related Articles

Back to top button