Global

PM Anwar adakan lawatan kerja bersama Srettha di sempadan Malaysia-Thailand hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin hari ini.

Kedua-dua pemimpin akan mengadakan lawatan kerja bersama di sempadan Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

“Kedua-dua Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan isu-isu utama dua hala, termasuk isu persempadanan Malaysia-Thailand, inisiatif kesalinghubungan untuk memajukan pembangunan sosioekonomi di kawasan sempadan dan Proses Dialog Damai Selatan Thailand,” kata kenyataan itu.

BACA LAGI: RM100 juta untuk fasiliti keselamatan sempadan Kelantan, Kedah dan Perlis

Sementara itu Wisma Putra turut menegaskan, lawatan hari ini akan membina momentum daripada penglibatan terdahulu kedua-dua pemimpin di Sadao, Thailand pada November tahun lepas

Pertemua kedua-dua pemimpin itu turut menegaskan komitmen Malaysia-Thailand untuk menggalakkan hubungan antara rakyat serta meningkatkan aktiviti ekonomi di sepanjang kawasan utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.

Related Articles

Back to top button