Global

Malaysia beri komitmen dukung usaha damai Selatan Thailand

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu menyegerakan Proses Dialog Damai di Selatan Thailand.

Bercakap pada satu sidang media bersempena lawatan kerja ke sempadan Rantau Panjang dan Sungai Golok pada Sabtu Anwar berkata, cadangan berkaitan usaha itu diserah kepada Thailand dan masyarakat Islam di negara itu manakala Malaysia sebagai fasilitator akan bertindak sebagai pemangkin usaha berkenaan.

“Isu kedamaian di Selatan Thailand ialah isu domestik Thailand, perlu jelas, bukan isu Malaysia.

“Tetapi oleh sebab hubungan baik kita dengan Thailand, kita bekerjasama supaya mendukung usaha damai secara berkesan

“Kita sudah memberi komitmen apa sahaja yang perlu sama ada dari segi ekonomi, keselamatan dan sebagainya,” katanya

Anwar pada lawatan itu turut bertemu Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin bagi menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.

BACA LAGI: Malaysia-Thailand kukuh kerjasama benteras jenayah, promosi sektor pelanconga

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu-isu sempadan serta sosioekonomi kedua-dua negara.

Lawatan Anwar disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Nik Nazmi Nik Ahmad.

Related Articles

Back to top button