Pilihanraya

PRK Nenggiri: 12 cawangan parti Bersatu ditutup

Perikatan Nasional (PN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri .

Pada Sabtu, 12 cawangan parti Bersatu di Gua Musang ditutup sepenuhnya apabila 480 ahlinya diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian Che Ariffin Hussin mengumumkan keluar parti dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Keputusan mereka meninggalkan Bersatu adalah kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang memilih bekas ahli Pas sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Pemilihan Mohd Rizwadi Ismail yang merupakan bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Gua Musang sebagai calon ialah taktik mengelirukan pengundi,” kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil PN Mohd Rizwadi yang bertanding menggunakan logo Pas.

Ia diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos

Sementara itu, Che Ariffin memaklumkan, kesemua 12 cawangan parti Bersatu di Gua Musang kini ditutup sepenuhnya.

Related Articles

Back to top button