Semasa

Adakah Wan Ahmad Fayshal cuba promosi pemikiran khawarij, soal Pemuda HARAPAN

Tindakan Ketua Pemuda Parti Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyeru orang ramai supaya memboikot Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Jalil dibidas Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)

Ketua penerangan sayap itu, Ammar Attan melalui satu kenyataan pada Ahad menegaskan, tindakan Ahli Parlimen Machang itu keterlaluan selain memperlihatkan sikap kemunafikan Ahmad Fayhsal.

“Sebagai manusia yang berprinsip kemanusiaan dan memperjuangkan pembebasan Palestin, adalah tidak wajar bagi beliau untuk bersikap tertutup dan bersifat asabiyah dalam isu ini.

“Beliau seolah-olah merasakan hanya perjuangan beliau sahaja yang benar dan tindakan perjuangan pihak lain, termasuk kerajaan, adalah salah.

“Tindakan ini memperlihatkan kemunafikan beliau yang jelas, apabila menyeru untuk memboikot solidariti Palestin hanya kerana perbezaan warna politik,”

“Adakah ini bentuk pemikiran asabiyah atau khawarij yang beliau cuba promosikan?” kata kenyataan tersebut.

Himpunan Pembebasan Palestin berlangsung malam tadi dengan kira-kira 12,000 orang dilapor hadir dengan kebanyakkanya berpakaian serba putih dan mengenakan mafela sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka.

Ia diadakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.

Terdahulu Wan Fayhsal menerusi media sosial pada Jumaat ketika menyeru orang ramau memboikot himpunan itu dengan mengaitkan penjualan saham Malaysia Airport Berhad Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikaitkannya dengan Blackrock

Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat Julai lalu menegaskan transaksi bagi pengambilalihan MAHB tidak membabitkan BlackRock sama sekali.

BACA LAGI: YADIM kecam tindakan ‘tunggang’ isu Palestin untuk serang musuh politik

Tawaran pengambilalihan MAHB itu jelasnya adalah urusan transaksi komersial dengan perbincangan dijalankan pihak wakil konsortium Khazanah dan KWSP akan memiliki majoriti 70 peratus pegangan bersama dalam MAHB.

Baki 30 peratus pegangan di bawah konsortium terbabit akan dimiliki Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan GIP berperanan melalui pengalaman dan kepakaran teknikal dalam pengendalian operasi lapangan terbang antarabangsa.

Related Articles

Back to top button