Semasa

Blackrock: Fahmi sifatkan ada pihak hipokrit, sengaja main persepsi

Fahmi Fadzil menyifatkan pihak yang terus memainkan isu Blackrock di media sosial hipokrit dan sengaja bermain dengan persepsi.

Ditemui pada Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil malam tadi, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, mereka seharusnya berhenti menggunakan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat pengurusan aset antarabangsa terbesar dunia itu sekiranya benar-benar jujur menentang Blackrock.

“Kalau kita rasakan kita tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Blackrock, hentikan guna WhatsApp, Facebook, Instagram.

“Kita tengok Facebook sebagai contoh, yang parti PAS membelanjakan jumlah yang cukup banyak buat iklan-iklan dalam Facebook, beri duit terus kepada Meta yang kita tahu pendiriannya tentang Israel.

“Jadi kepada mereka yang berkata tentang isu ini (Blackrock) bagi saya lakukan perkara yang jujur, lakukan perkara yang betul,” tegasnya.

BACA LAGI: ‘Tunggang’ isu BlackRock, satu tindakan politik sempit – Fahmi

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Himpunan Pembebasan Palestin malam tadi, Fahmi berkata ia diadakan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang hadir secara fizikal mahupun menonton secara dalam talian yang bersatu hati mahukan gencatan senjata dan keadilan bagi penduduk Palestin.

“Rakyat Malaysia amnya cukup tersentuh dan sentiasa mengingati saudara di Palestin. Jadi saya lihat kehadiran malam ini tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan mahu kezaliman dihentikan sekarang,” tambahnya,

Related Articles

Back to top button