Anwar

PM Anwar hargai, terhutang budi dengan Zuki Ali

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang akan mula bersara akhir bulan ini.

Beliau menekankan profesionalisme Mohd Zuki dalam menjalankan tugas, terutama sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, meskipun Zuki telah bertugas di bawah beberapa Perdana Menteri sebelum ini.

“Pandangan, nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Tan Sri Mohd Zuki adalah konsisten dan bertujuan untuk memastikan kecemerlangan perkhidmatan awam serta mengangkat darjat negara ke tingkat tertinggi.

“Pastinya saya akan mengenang bakti sosok ini yang tidak pernah mengeluh mahupun memberi alasan setiap kali saya membebankan beliau dengan tugas berat dan sukar, sebaliknya sentiasa memberikan jawapan dan penyelesaian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anwar menyatakan rasa syukur atas kepimpinan Mohd Zuki dan penjawat awam lain yang telah memberikan banyak sumbangan kepada negara.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri Putrajaya, 5 Ogos, 2024. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATO

Beliau mengakui bahawa meskipun terdapat kelemahan dan ketirisan yang perlu diperbaiki, penjawat awam telah memainkan peranan penting dalam memastikan ekonomi negara mencatat pencapaian membanggakan, termasuk kemasukan pelaburan dan pengukuhan Ringgit.

Anwar berkata demikian ketika menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin.

Related Articles

Back to top button