Semasa

Pindaan Seksyen 424 bolehkan tindakan kepada pihak benar sindiket penipuan guna akaun

Penuntut institusi pengajian tinggi yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh sindiket penipuan akan berdepan tindakan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis mengesan terdapat penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang memberi kebenaran kepada sindiket penipuan dalam talian untuk menggunakan akaun bank mereka.

Justeru, pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang diluluskan baru-baru ini membolehkan tindakan dikenakan terhadap mereka.

“Ada kes yang kami siasat melibatkan pelajar universiti yang membenarkan akaun bank mereka dan instrumen pembayaran serta kad bank digunakan oleh sindiket penipuan,“ katanya selepas merasmikan Program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan di Kulim pada Sabtu.

Saifuddin sementara itu mendedahkan, kes penipuan dalam talian meningkat saban tahun biarpun terdapat hebahan dan kempen kesedaran kepada rakyat.

Katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memberi lebih banyak kempen kesedaran kepada rakyat agar tidak terus menjadi mangsa.

BACA LAGI: KDN tubuh Unit Data Sains, tangani jenayah kecerdasan buatan

“Saya tidak perlu ada ‘denial syndrom’ (sindrom penafian), trend memang meningkat berdasarkan aduan yang diterima, sebab itu langkah yang dibuat satunya menerusi pindaan Kanun Keseksaan yang diluluskan di bawah Seksyen 424.

“Pindaan tatacara jenayah pula membolehkan seorang polis berpangkat sarjan apabila menerima aduan mengenai jenayah penipuan dalam talian yang membabitkan akaun mangsa, bila mangsa membuat aduan di talian 997 (Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)), dengan pindaan terbaru, anggota berpangkat sarjan itu boleh bertindak membekukan akaun terbabit,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button