Semasa

KPM gesa sekolah ketat kawalan, susulan kes dua wanita cedera ditikam

Kementerian Pendidikan (KPM) menggesa pihak pentadbir sekolah mengetatkan kawalan keselamatan bagi memastikan semua kakitangan termasuk murid dan guru tidak terdedah kepada sebarang ancaman.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia susulan kes dua wanita termasuk guru besar sebuah sekolah cedera selepas ditikam seorang lelaki bersenjatakan pisau pada Jumaat.

“Penyediaan kawalan keselamatan adalah tanggungjawab kita di mana pengawal dan pentadbir sekolah harus tingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak insiden tidak diingini.

“Setiap sekolah kita mesti selamat, sebab itu komitmen kita tinggi bagi memastikan semua yang berada dalam kawasan tersebut selamat,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Kempori Pengakap Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kuala Nerus, Terengganu pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang lelaku bertindak menyerang seorang jurujual berusia 26 tahun dan guru besar berusia 52 tahun itu dengan pisau rambo.

Ekoran kejadian itu, jurujual terlibat mengalami kecederaan di kepada dan perut, manakala guru berkenaan mengalami luka pada tangan dan tangan kiri.

BACA LAGI: Exco Selangor harap polis segera berkas pelaku serangan cederakan dua wanita di surau

Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek tersebut yang kini diburu pihak polis.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai status kes tersebut Fadhlina berkata, ia diserahkan kepada pihak berkuasa dan perkembangan lanjut akan maklumkan daripada masa ke masa.

“Kita di pihak kementerian mengikuti rapat kes ini dan kita harap semua pihak dapat memberi ruang terhadap siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

Related Articles

Back to top button