Nasional

Perkongsian Malaysia-Indonesia dalam bidang permuziuman telah berterusan sejak sekian lama

Pameran KITA SERUMPUN yang berlangsung selama sebulan bermula pada 1 hingga 31 Ogos ini memberi fokus untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Indonesia terhadap Malaysia.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang permuziuman khususnya melibatkan perkongsian kepakaran, program latihan, pertukaran pameran serta program silang budaya telah berterusan sejak sekian lama.

“Dalam konteks negara serantau, Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan istimewa.

“Kedua-dua negara mempunyai persamaan yang terbentuk daripada perkongsian ikatan sejarah, budaya, kulinari serta bahasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pameran berkenaan sekali gus dapat mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara serumpun.

“Dalam program yang sama, turut diadakan FESTIVAL KITA SERUMPUN yang menampilkan persembahan kebudayaan, demontrasi permainan tradisional, demontrasi kulinari dan program pendidikan muzium yang melibatkan penyertaan enam negeri dari Malaysia iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan dan Kedah.

“Sebanyak 11 Program Citra Nusa yang telah dirancang untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan khazanah warisan negara dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Dalam masa sama, Aaron meletakkan harapan tinggi agar program yang dianjurkan pada kali ini akan dapat menyuburkan semula minat masyarakat terhadap warisan bersifat ‘tangible’ (ketara) dan ‘intangible’ (tidak ketara).

terutamanya dalam kalangan generasi muda menerusi pendekatan ‘rejuvanate’ muzium (meremajakan muzium) melalui seni dan teknologi.

Related Articles

Back to top button