Semasa

Syor kadar gaji minimum baharu bakal dibentang ke Kabinet

Syor mengenai kadar gaji minimum yang baharu dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dijangka akan membentangkan syor mengenai kadar gaji minimum yang baharu ke mesyuarat Kabinet bulan depan.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, pihak kementeriannya sudah menerima menerima laporan dan syor kadar gaji minimum baharu daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipengerusikan Tan Sri Zainal Rahim Seman.

KESUMA juga jelasnya telah mengedarkan kertas Kabinet kepada kementerian berkaitan untuk diberi ulasan berhubung kadar gaji baharu itu.

“Kita akan bentang kertas Kabinet untuk pertimbangan dan keputusan di peringkat Kabinet tentang kadar gaji minimum baharu.

” … pembentangan (dalam mesyuarat Jemaah Menteri) mungkin dilaksanakan dalam bulan September,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya.

Beliau sebelumnya hadir ke Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ke-27 pada Sabtu.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji bagi golongan penjawat awam.

BACA LAGI: KPM sambut baik pengumuman syarat baharu kelayakan minimum perkhidmatan awam

Melalui ucapannya beliau turut menyeru sektor swasta terutama syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi, meneliti semula skim gaji bagi memberikan imbuhan yang lebih munasabah kepada pekerja-pekerja.

KESUMA sebelum ini memaklumkan, pihaknya akan mengkaji semula gaji minimum yang kali terakhir disemak pada Mei 2022 dengan kenaikan daripada RM1,200 kepada RM1,500.

Related Articles

Back to top button