Semasa

Sekitar Dataran Merdeka bakal diangkat sebagai kawasan warisan Melayu

Kawasan sekitar Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara di Kuala Lumpur bakal diangkat sebagai kawasan warisan Melayu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ucapan peluncuran pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), di Putrajaya pada Isnin sekali lagi menegaskan, ibu kota itu tidak seharusnya dijadikan sebagai hutan konkrit, namun ia juga perlu mempunyai ciri-ciri unik selain mengekalkan kawasan hijau.

“Saudara tahu dari tanah dan kawasan Dataran Merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad sampai ke Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Carcosa Seri Negara, pembangunan Kuala Lumpur harus ada ciri yang unik,” katanya.

“Kita bicara warisan, walaupun ada sumbangan daripada kaum lain tentunya yang tonggak warisan Melayu harus ketara dalam gambaran pembangunan baharu seluruh koridor dari bangunan Sultan Abdul Samad.

“Ini yang disebut transfomasi ekonomi Bumiputera,” katanya.

BACA LAGI: PuTERA35 dilancarkan, angkat martabat Bumiputera

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim sebelum ini menyarankan kawasan khusus warisan ‘Dunia Melayu’ yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu diwujudkan di Kuala Lumpur.

Ini berikutan tiada kawasan khusus seumpama Little India di Brickfields dan China Town di Jalan Petaling untuk tatapan para pengunjung di ibu negara.

Related Articles

Back to top button