Semasa

KPT beri perhatian terhadap isu kursus pengajian bertindih

Isu kursus pengajian bertindih ditawarkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini diberi perhatian serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, isu sedemikian tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana dikhuatiri akan merugikan universiti serta pelajar dan perlu diselesaikan sebaik-baiknya.

“Memang kita akan meneliti mana-mana kursus yang bertindan kita tidak mahu ada persaingan antara universiti ini akan menyebabkan pelajar kita celaru dan juga mereka tidak dapat fokus mana satu (universiti) mereka nak masuk.

“Nanti kita akan bincang dalam (mesyuarat) post (pasca) Kabinet minggu ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mustapha sebelumnya hadir ke Konvensyen Pentadbir Universiti Awam (KPUA) di Batu Feringghi pada Selasa.

BACA LAGI: Pasukan khas bincang kawal selia media sosial ditubuhkan minggu iniĀ 

Media pada Isnin melaporkan gesaan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) agar IPT di negara ini bekerjasama untuk menyelaras kursus pengajian supaya tiada lagi jurusan sama atau bertindih ditawarkan, sekali gus menangani isu kekurangan pelajar dan bebanan kos.

Sementara itu Mustapha menekankan bahawa penting kursus ditawarkan universiti dipacu keperluan industri bagi memastikan kebolehpasaran pelajar selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

Related Articles

Back to top button